Tahniah pada semua pengurusan AJK Kelab dan juga pengurusan FB Wilayah Tengah atas kejayaan menganjurkan hari keluarga Wilayah Tengah. Kami sebagai salah saorang AJK Kelab mengucap Syukur kerana majlis tersebut telah berjalan dengan lancar dan memuaskan yang diadakan pada 20 dan 21 Dec 2009 lalu.
Terima Kasih kepada Presiden Kelab Tuan Hj Saifuddin ,Pengurus Besar Wilayah Tengah Tuan Hazrinorhisham Bin Harun Dan Pengurus Besar Kanan Pengurusan Estate Tuan Haji Juzilman Bin Basir selaku Perasmi pada majlis tersebut menggantikan Yang Berbahagia Dato CEO. Sesungguhnya bagi Pesara inilah majlis yang teramat bermakna baginya kerana sekelumit tenaga yang dicurahkan selama lebih 30 tahun dihargai oleh pehak majikan. Siapa yang tidak kenal Tuan Haji Md Ruah Md Dali pengurus Kawasan yang berkelibar. Kini beliau telah meninggalkan FELCRA untuk berpencen En Zinor Bin Siron Pembantu Eksekutif yang cukup terkenal di FELCRA sebagai " Raja Bowling" yang menjadi sandaran FELCRA dalam setiap temasya juga telah berpencen.
Tahniah kepada semua staf yang berpencen Khususnya kepada staf FB Wilayah Tgh kerana anda telah berjaya menamatkan perkhidmatan dengan jayanya sebagai saorang pesara yang sehat walafiat Sesungguhnya itulah harta yang paling bernilai. Jadikanlah masa-masa senggang sebagai pesara untuk menambahbaik amalan kita pada ALLAH SWT.
Kepada rakan yang berpindah Tuan Haji Nordin Repin En Md Nor dan yang lain sekalung tahniah diucapkan moga tuan akan lebih selesa dan cemerlang ditempat baru manakala kepada semua keluarga yang seramai lebih 500 orang pada malam tersebut. kebaikan dan kejayaan yan ALLAH berikan kepada kita bukan setakat pada kenaikan pangkat ayah atau ibu sahaja tetapi kejayaan anak, kebahagiaan rumahtangga dan ketenangan iman adalah anugerah dari ALLAH kepada kita semua. Anak adalah harta kita yang paling utama justru sama-samalah kita bermohon agar diberi kejayaan dan kecemerlangan dunia dan akhirat kepada kita dan keluarga kita
Justru itu marilah sama-sama kita mempertingkatkan martabat FELCRA dengan melipatgandakan kerja bagi memastikan FELCRA terus unggul.Teruslah Mohon kepada ALLAH Agar Syarikat FELCRA Berhad terus unggul dimata dunia sesungguhnya jasanya kepada kita terlalu banyak tidak rugi rasanya kita terus mermujahadah untuk memastikan HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI.
SALAM DARI KAMI..
Wednesday, December 23, 2009
Tuesday, December 8, 2009
UNTUK ANAK-ANAKKU
Salam untuk anak-anakku !
Kebanyakan kalian berada jauh diperantauan tapi aba tahu kalian selalu membaca blog aba.Justru aba ingin berpesan.Taatla selalu kepada ALLAH dialah segala tempat mengadu Jagalah Solat kerana ia punca penyelesai segala masalah. Selesaikan urusan kita dengan ALLAH barulah ALLAH membantu menyelesaikan urusan kita dengan manusia. Ingatlah anak-anakku dunia ini hanya pinjaman dan sementara Akhiratlah tempat yang sebenar-benarnya kekal selamanya. Beramallah seolah-olah anakku akan mati esoknya dan belajar dan bekerjalah seolah anakku akan hidup selamanya.
Aba bekalkan kamu dengan Ilmu.Carilah Ilmu selagi aba berdaya aba akan turuti kehendakmu wahai anak-anakku aba tidak ingin dan tidak berhasrat untuk membekalkan kamu dengan harta dunia yang melimpah ruah kerana ia akan menyukarkan kamu nanti kerana harta itu buta justru kamu perlu menjaganya tetapi ilmu itu sentiasa celik justru ia akan menjaga kamu sepanjang masa.
Anak-anakku.
aba inginkan sekelumit kejayaan dari kalian semua. Kejayaan dunia dan akhirat Doa aba siang dan malam hanyalah untuk kamu semua.Bagi aba dan umi kami telah mendapat semua yang kami harapkan...Anak-anak yang soleh..kebahagiaan..ketenangan dan kejayaan semua aba kecapi.marilah kita sama-sama meningkatkan Ketaqwaan kepada ALLAH agar kita sama-sama mendapat rahmatnya. Sekian untuk anak-anakku.

Subscribe to:
Comments (Atom)