15hb Dec aku menghantar anakku menghadiri temuduga memasuki MRSM Gemencih bagi aliran Ulul Albab.Tingkatan 1 / 2011. Begitulah setibanya dikampus ternyata terlalu ramai ibu bapa menghantar anak masing-masing bagi temuduga tersebut. Dimaklumkan pengambilan di Gemencih hanya 180 orang tetapi yang datang melebihi 1600 orang! Pastinya terlalu sengit hinga merah padam muka anak-anak melalui peristiwa tersebut.
Syukur Alhamdulilah dan tahniah kepada MARA terutamanya Pengerusinya YB Dato Sri Idris Jusuh kerana mengambil Inisistif meenubuhkan Tahfiz dalam MARA.
Sebagai Orang melayu yang cintakan Islam saya terharu apabila mendengar taklimat kelebihan yang diperolehi oleh anak-anak yang telah melalui proses tarbiah diulul Albab selama setahun dulu yang kini telah menunjukkan potensi yang sungguh membanggakan.
Kepada MARA tolonglah perbanyakkan lagi aliran Ulul Albab ini Masyarakat bersama menyambut kepelbagaian ini. Sehingga tahun 2011 ini hanya tiga maktab sahaja yang menyediakan aliran tersebut. Perlu diperbanyakkan pada kadar segera dan menjadi keutamaan. Masyarakat telah tahu kebaikan anak-anak memasuki bidang tersebut.kita sebagai ibu bapa memang tidak berpeluang untuk memasuki kelas tahfis diwaktu muda tetapi kita berharap dan berdoa biarlah antara Generasi kita ada yang menjadi tahfis dan dalam masa yang pakar dalam bidang sains.
Apa yang boleh ibu bapa berharap ialah agar anak mereka diterima dalam kelas tersebut hanya itulah yang mampu dipanjatkan kehadrat ALLAH. Terima Kasih Mara.
Tuesday, December 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment