Friday, January 1, 2010

Tip bagi mengatasi anak ketagih menonton TV

Duhai sahabatku!
Kita sedia maklum dalam dunia yang sedia membangun dan kita perlu menerimanya ada setengah pembangunan yang tidak selari dengan pembangunan jiwa kita dan anak-anak kita Justru itu kita tidak boleh menyalahkan pembangunan nalah kita berusaha untuk mengurus perubahan itu. Salah satu darinya ialah Program TV. Ada setengah Program yang baik untuk pembangunan Jiwa anak kita tetapi jangan kita lupa ada setengah program yang boleh menghanyutkan anak kita secara perlahan-lahan. Ada setengah anak kita telah ketagih menonton TV akibat kesebokan kita mencari RezekiJustru itu marilah sama-sama kita renungi tip ini moga ia dapat membantu sahabat mengurus anak-anak kita dalam menangani perubahan ini

a) Urus Masa Menonton
Urus hanya rancangan yang bermanafaat kepada anak-anak sahaja yang perlu ditonton semasa ketiadaan kita. Menonton melebihi 2 jam sehari adalah tidak Efisyen bagi tahap anak kita yang masih belajar apalagi menonton tanpa kawalan. Membenarkan anak-anak menonton hingga lewat malam adalah kurang bijak kerana boleh menganggu masa tidurnya dan pastikan apabila rancangan yang dipersetujui ditonton sila tutup TV.pastikan TV tidak dibuka apabila anak-anak tengan mengulangkaji atau sedang makan. Ini untuk mengelakkan mereka hilang tumpuan.

b) Menonton Bersama
Ajak anak-anak menonton bersama dalam rancangan berita,drama dan dokumentari disamping itu jelaskan apa yang dipaparkan di TV seperti kesangsaraan orang lain,kejayaan dan kegembiraan sebagai motivasi kepada mereka. Harapan kita anak-anak akan mengambil iktibar dari perkara yang berlaku.

c) Elakkan Cerita yang ganas dan seram
Jangan memberi kebebasan terlampau untuk anak menonton cerita yang ganas dan seram kerana ditakuti akan memberi kesan yang negatif kepada mereka dan yang paling kita takuti menonton filem yang tahyul boleh membawa kepada persoalan akidah anak kita.

d)Penempatan TV
Letak TV kita bukan ditempat anak-anak yang mudah melepak. Ingat semakin selesa tempat menonton semakin tinggi kecenderungan anak kita untuk menonton dan semakin tinggi kecenderungan anak kita untuk ketagih menonton.

Moga Tip ini dapat membantu kita bersama dalam mengatasi masalah yang sama iaitu ketagihan anak menonton TV tapi dalam hal yang demikian jangan lupa banyakkan Berdoa Kepada ALLAH agar anak kita terhindar dari ketagihan ini, Amin

No comments:

Post a Comment