Thursday, April 15, 2010

4 bulan telah berlalu

Salam para sahabat. Dah lama saya tak menulis blog atas sebab kesebokan Alhamdulah dalam masa hampir 4 bulan tidak berkesempatan menulis blog.Allah telah menguji saya dengan berbagai cobaan suka dan duka. Suka Syukur kerana ketiga-tiga anak telah melepasi ujian awal dalam persekolahan. Along diterima mengambil Medic Di UIA Caw Kuantan.Angah mendapat 9A dalam SPM tempoh hari dan Uda mendapat streight 8A dalam PMR. Sesungguhnya ujian ALLAH menjadikan saya bertambah kecut perut. Sebab takut terkurang Syukur pada yang esa. Terngiang-ngiang Firmannya " Sekiranya kamu mennsyukuri nikmatku aku tambah lagi nikmatku padamu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih" Ini yang menyebabkan saya bertambah takut. Insyaallah kami sentiasa berdoa agar taufik dan hidayah ALLAH mengiringi perjalanan kami sekeluarga

Yang Lucu pun ada Uda dapat memasuki SBP di STAR Ipoh Perak tapi sayangnya cuma 12 hari aje dia bertahan Alasannya sayang meninggalkan kehidupan dirumah... Dirumah semestinya Insyaallah kami berjamaah saban waktu dan berQiamulail secara berkumpulan jika berkesempatan agaknya inilah yang menyebabkan iddin sayang untuk meninggalkan dunia rumahnya. Tak apa uda kalau kerana itu kamu sayang nak meninggalkan rumah abah tak rugi walau sedikitpun tatapi beruntung. Suasana itulah yang abah cuba terapkan dalam kehidupan ini. Sayang Pada Solat..Sayang Pada Qiamulail..Jadikan tahajud sebagi pakaian..

Yang sedih pun ada...hal ini berkaitan dengan kerja!!! ialah sayakan sebagai Pengurus kawasan Jadi Telah ditakdirkan awal 2010 banyak pekerja saya dari Indonesia yang tamat permit jadi mereka pun balik kampung apa lagilah hasil pun merundum sebab pekerja tak cukup. Usaha Ikhtiar tetap dilakukan tetapi kita kena ingat Pada ALLAH Kuderat kita tak mampu melawan Ujian ALLAH itu yang paling penting. Alhamdulilah setelah 3 bulan berlalu barulah masalah ini selesai. ALLAH telah membantu menyelesaikan Masalah ini syukur padanya.Kadang-kadang terasa kerdilnya diri ini disisi ALLAH bila diuji sesuatu masalah.Janganlah kita mendabik dada kitalah yang hebat menyelesaikan masalah. Ingatlah yang hebat itu hanya ALLAH.

Bukan semuanya duka ada juga yang gembira dalam kerja.Contohnya apabila berjaya dalam membangunkan tanah terbiar orang kammpung Cenor/Jelin Dengan tanaman Kelapa sawit. satu kepuasan yang tidak terhingga kerana dapat membantu masyarakat yang tidak terdaya.Inilah kehidupan saorang "Peladang" hatinya akan puas apabila dapat berbakti kepada tanah

Pengalaman ini hanya sekadar renungan betapa kita sentiasa berhadapan dengan situasi yang berbeza sepanjang masa tetapi yang penting segala penyelesaiannya adalah ALLAH insyaalah hati kita akan tenang.
salam untuk kali ini

No comments:

Post a Comment