Thursday, September 30, 2010

KENANGAN HARI RAYA

Salam Para sahabat. Sedia maklum terlalu sedih rasanya apabila ramadhan menginjak meninggalkan kita. Bulan yang penuh barakah. Benarlah Firman ALLAH. Pada bulan tersebut syaitan dirantai. Sungguh Indah melayari bulan tersebut. Inilah masanya untuk bermunajat kerana keistimewaan bulan tersebut mempunyai tarikan tersendiri.

Apabila Ramadhan mengisut pilu rasa hati walaupun hati berbunga kerana menyambut syawal yang bakal tiba. Tetapi sambutan Syawal kali ini terlalu sederhana dan tergocoh gocoh terasa sambutannya.Yelah kita sedia maklum bila mengenangkan masalah kerja harian yang belum selesai rasanya ianya perlu diselesaikan hari itu juga justru saya mengambil kesempatan untuk bercuti awal pada syawal ini bukan untuk beraya sakan tetapi untuk menyelesaikan masalah kerja yang belum selesai dan juga mengelakkan anak-anak terlalai berhari raya kerana 2 orang darinya akan mengambil pepereksaan besar iaitu ain akan mengambil UPSR manakala nana akan mengambil PMR dan angah menghadapi pepereksaan akhir sem 1 di UIA dan along juga akan mengambil peksa di UIA. jadi kami kena pastikan mereka semua tidak terlalai dalam menghadapi pepereksaan nanti hanya Iddin aje yang senyum aje sebab dia Form 4 dan tiada peksa penting. sebab itu raya keempat kami dah stay di Ofis

Di pendekkan cerita cuti sebelum raya saya gunakan masa cuti sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah tenaga kerja penorehan yang dihadapi di Kawasan Purun ini. Saya terpaksa menemui beberapa rakan yang mempunyai tenaga kerja di Johor, letih rasanya dengan bulan Puasa keluar masuk estate jumpa rakan-rakan untuk membantu menyelesaikan masalah tenaga kerja. Inilah sebahagian tugas kami hingga Naza Ria yang saya sayangi habis berlumuran habuk merah masuk estate jumpa dengan rakan-rakan untuk membantu menyelesaikan masalah tenaga tersebut. Alhamdulilah ALLAH itu maha kaya dibantu juga kami akhirnya dan kami diketemukan saorang rakan yang boleh membantu secara "on the spot" masalah kami dan sehingga kini kami telah dapat menyelesaikan masalah tenaga hampir 40 orang telah berjaya dibawa.Raya tahun ini kami kucar kacir kerana memikirkan masalah ladang getah yang tidak cukup penoreh. Inilah nasib saorang Pengurus Kawasan,walaupun dihari bahagia ini tapi masih memikirkan masalah kerja dan saya yakin masalah ini berlaku kepada semua rakan-rakan pengurus yang lain.

Esok hari raya tetapi saya masih sebok menyelesaikan masalah tenaga penorehan. Saya berhasrat untuk menyelesaikan masalah ini sebelum raya. malam raya saya tiba di Gelang Patah Johor tetapi anak isteri telah saya hantar 2 hari sebelum itu. Walaupun telah mendapat jaminan penyelesaian Tenaga Penorehan tetapi hati saya masih tidak selesa selagi pelaksanaan sebenar belum dilaksanakan. Hari raya kami sekeluarga berada di Johor bahru. Cuma beraya dirumah Mertua. keseronokan kadang-kadang mengingatkan saya agar anak saya sentiasa beringat Exam dah dekat.Raya kedua kami bertolak kesagil untuk beraya dirumah mak dan abah saya pulak. Anak bongsu saya iaitu Ain tak berenggang dgn buku kesian saya melihatnya katanya dia takut untuk bergembira berlebih sangat. Nana pulak yang nak ambil PMR buat dek aje banyak sangat minum air batu itu yang batuk aje. Angah Pulak yang nak ambil Final Exam Sem 1 UIA bukan main eksyen pegang buku Biology tebal kesukaannya kehulu kehilir tapi bacanya tak tahulah. Along Pulak Rilex aja katanya nak masuk Medic ni susah tapi dah masuk belajonya senang tak tahulah yang mana betul tapi nampak dalam beg tangannya penuh dengan nota dia ni ulat buku sikit pantang jumpa buku alamat kerja lain lambat jadi !!. Izzuddin pulak habis bergaya dengan kasut barunya.

Sungguh seronok rasanya bila anak-anak bersama-sama berkumpul Dalam MPV meraya bersama-sama.tahun ini ada skit bonus dari FELCRA . Terima kasih FELCRA walaupun tak sebanyak macam tahun lepas tapi kami bersyukur! Kesian! Dirumah ayah disagil anak-anak yang nak peksa berkurung dalam bilik katanya nak study!Ayah dan ibu nampak gembira sebab semua anak-anaknya dapat pulang berhari raya cuma ucu razak aje nampak macam tak sehat katanya terlebih makan perut lembu masak pedas hai keracunanlah tu.! masuk spital kena 2 botol air!! Mlam pertama tidur di sagil 4 keluarga adik saya berkumpul dan hampir 30 orang keseluruhannya! Siaplah ada yang tidur depan Pintu!
Malam itu Izzuddin digigit lipan! Alhamdulilah ada Dr Ripin dibagi ubat kira untunglah ada pengalaman digigit lipan!

Selesai raya kami balik raya keempat. Lepas tu Isteri saya mengkurentin anak-anak muridnya yang nak ambil UPSR disekolah sampai hari Jumaat Itulah semangat Guru-guru uk memastikan anak muridnya berjaya. Semangat Isteri saya memastikan muridnya cemerlang Dlam UPSR memang saya tabikla. Dah hampir 3 bulan dia bertugas FULL time sabtu dia keja! Ahad Pagi pun dia keja buat Tuision malam pulak seminggu 2 kali buat tuision kesian juga tengok tapi kena fahamlah itulah semangat guru dahulu yang jarang dimiliki oleh guru zaman sekarang.

Kini Exam pun dah berlalu dan Masalah Tenaga kerja dah dapat diselesaikan secara beransur-ansur Alhamdulilah kepala saya pun kurang sakitnya memikirkan untuk menyelesaikan masalah! Tapi itulah realiti kehidupan yang harus ditempuhi. Masalah akan sentiasa datang tetapi sebarang penyelesaiannya mesti tidak membelakangkan ketetapan ALLAH. Anak-anak telah pun dihantar Ke Asrama Dan University. Tinggallah kami meneruskan tugasan harian dengan masalah yang sering bertukar ganti namun penyelesaiannya menimbulkankan seribu kepuasan.

No comments:

Post a Comment