Wednesday, October 6, 2010

RUMAH TERBUKA

Hari ini dah 28 syawal bermakna Syawal dah sampai penghujung. Betuahnya kita duduk dimalaysia tiap-tiap hari dalam bulan syawal ada rumah terbuka sampai puasa enam terlalu sukar untuk ditempuh. Apatidaknya hujung ramadhan dulu masing-masing bersyukur kerana berat badaan dah turu sampai 4 kilo. rasa rengan sikit badan tapi syawal belum tutup lagi tapi berat badan dah macam lebi aje dari dulu.

Semalam rumah terbuka. hari ini adal 3 rumah terbuka dari pagi sampai malam macamana perut tak sendat. sebenarnya itulah kemurahan ALLAH dengan rakyat negara ini cuma kita jangan lekalah diharap masing-masing dapat meningkatkan ketaqwaan dengan kemurahan rezeki ini.Umur macam kita ini kesihatan perlu dijaga dan dipertingkatkan Penyakit ni nak datang cepat macam kilat tetapi nak keluar tu lambat macam steamroll justru itu cegah lebih baik dari mengubati.banyak ayat-ayat Alquran yang boleh diamalkan sebagai zikir bagi pengekalan kesihatan selain dari makanan tambahan. Kita boleh mengamalkan "MANZIL" iaitu satu zikir yangjika diamalkan insyaallah boleh menjauhkan dari penyakit dan gangguan sihir insyaallah. Disana terdapat amalan ayat-ayat yang boleh dijadikan pendinding dari gangguan sihir,penyakit dalaman dan juga permainan jin syaitan dan manusia. Amalkanlah Insyaallah kita akan dapat menghayati keagungan Alquran itu.

Alquran penuh Rahsia termasuk perubatan. Selain dari menggunakan perubatan Moden dan tradisional eloklah zikir dijadikan pakaian untuk mengekalkan kesihatan diri. Begitu juga dengan pengamalan Selawat secara istiqamah contohnya selawat " fatih " dan selawat " Thib" jika diamalkan secara istiqamah insyaallah boleh menyelesaikan banyak masalah kita.Telah dibuktikan dari dulu hingga sekarang pengamalan selawat tertentu dan ayat-ayat Alquran tertentu boleh menjadi pendinding yang ampuh. jangan ditanya bagaimana ianya boleh beroprasi kerana ianya termasuk dalam perkara samiyyat berbanding cara beroprasi perubatan moden menangani penyakit kita.

Ini semua berkaitan Rumah terbuka hari raya. Makan banyak!!! dan boleh menjadi penyebab penyakit justru itu carilah penawar yang sepatutnya.Biarlah masa hadapan kita dipenuhi dengan kegembiraan dan kesyukuran kerana kita masih sehat walafiat!!!

No comments:

Post a Comment