Wednesday, October 6, 2010

07 Okt 2010

Alhamdulilah hari ini birthday saya ke 46!!! woi dah weteran rupanya saya! Seawal pukul 12 tengahmalam tadi isteri dan anak-anak dah celebrate! pagi tadi seawal pukul 6 pagi anak-anak yang berada diasrama dan University dal call! happy Birthday Abah!!
Rupanya kegembiraan saorang abah ialah bila dihargai oleh anak-anak!! Alhamdulilah kami tak pernah lupa berthday masing-masing dan itulah yang ditunggu oleh semua kerana masing-masing akan dapat celebrate dari adik beradik serta ibu dan ayah

Bulan depan ada 2 tarikh penting dalam keluarga kami yaitu birthday isteri pada 4 Nov dan ulangtahun perkahwinan kami pada 3 Nov. Diam tak diam dah 21 tahun kami bersama begitulah cepatnya dunia berputar. Umur semakin tua dan pada hari ini juga menyedarkan kami bahawa amalan perlu ditingkatkan.Anak-anak dah dewasa tanggungjawab makin bertambah.

Hari ini juga anak kami nana masih menduduki pepereksaan PMR. itulah hati saorang abah masanya telah berlalu kini adalah masa untuk anak-anak dan keperluannya. setiap masa hati saorang abah sentiasa berdebar walaupun sianak yang menduduki pepereksaan
moga ALLAH sentiasa memberi kelapangan kepada nana untuk menduduki Exam.
minggu depan Along Pulak Exam sem 1 macam tu juga walaupun anak yang nak peksa abah yang tak senang duduk.Agaknya itulah hati semua abah didunia ini. Oklah itulah kenangan pada 07 Okt 2010 yang betuah ini...

No comments:

Post a Comment