InsaALLAH pada 15hb Okt ini kami warga FELCRA Bhd Purun akan mengadakan majlis Menghargai pelanggan yang akan diadakan diperkarangan Pejabat Kawasan Purun.Kita sedia maklum Kepuasan Pelanggan berkait rapat dengan jatuh bangunnya sesebuah Organisasi memang diakui Staf merupakan sebahagian dari kekuatan sesuatu organisasi tetapi jatuh bangunnya Organisasi atau Syarikat adalah berkaitan dengan pelanggan sehingga ada setengah Buku motivasi menyifatkan pelanggan adalah raja dalam perniagaan.
Konsep inilah yang kami ingin terapkan iaitu menghargai Pelanggan sebagaimana berikut:
1)Agensi Kerajaan
Mereka merupakan barisan depan yang membantu menyelesaikan masalah Kawasan Terutamanya PDRM banyak membantu menyelesaikan masalah keselamatan Di Rancangan
begitu jugaDengan RELA yang banyak membantu menyelesaikan masalah TKI/TKA
manakala Bank dan tabung Haji membantu urusan penyaluran Dividen Peserta tidak lupa juga Pejabat Daerah banyak membantu menyelesaikan maklumat pembukaan tanah baru Tanpa bantuan mereka kami tidak akan mudah menempuh perjalanan kehadapan
2) AJKKP ( Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek )
Merekalah yang mewakili Peserta yang merupakan Golongan sasar Kerajaan tanpa mereka siapalah kami Justru Sejuta penghargaan perlu diberikan kepada mereka Justru Peserta adalah Pelanggan Kita yang Utama justru menjadi Tanggung jawab Kita untuk memuaskan mereka dengan Pemberian Dividen yang maksima.
3) Kontrektor
Mereka Juga Pelanggan FELCRA. Dengan memegang Konsep " Win-Win " atau situasi menang-menang mereka sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain dalam usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang
4) Para Pekerja
Inilah Tulang Belakan FELCRA Justru hubungan baik antara keduanya perlu diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa kesemasa samada pekerja FELCRA atau Kontrek layanan sama diperlukan dalam usaha menghasilkan penghasailan yang semakin mencabar.
5 ) Suami/Isteri Dan Ahli Keluarga
Inilah yang paling Utama. Sokongan dari mereka amat perlu untuk meneruskan kelangsungan FELCRA. Staff adalah Aset FELCRA manakala Keluarga adalah Aset Staf justru itu gandingan keduanya amat penting
Mereka-mereka inilah yang akan kita Raikan pada malam tersebut Justru sumbangan yang tidak terhingga dalam Memastikan FELCRA Berhad Kawasan Purun Terus Bersinar
Wednesday, October 13, 2010
Wednesday, October 6, 2010
07 Okt 2010
Alhamdulilah hari ini birthday saya ke 46!!! woi dah weteran rupanya saya! Seawal pukul 12 tengahmalam tadi isteri dan anak-anak dah celebrate! pagi tadi seawal pukul 6 pagi anak-anak yang berada diasrama dan University dal call! happy Birthday Abah!!
Rupanya kegembiraan saorang abah ialah bila dihargai oleh anak-anak!! Alhamdulilah kami tak pernah lupa berthday masing-masing dan itulah yang ditunggu oleh semua kerana masing-masing akan dapat celebrate dari adik beradik serta ibu dan ayah
Bulan depan ada 2 tarikh penting dalam keluarga kami yaitu birthday isteri pada 4 Nov dan ulangtahun perkahwinan kami pada 3 Nov. Diam tak diam dah 21 tahun kami bersama begitulah cepatnya dunia berputar. Umur semakin tua dan pada hari ini juga menyedarkan kami bahawa amalan perlu ditingkatkan.Anak-anak dah dewasa tanggungjawab makin bertambah.
Hari ini juga anak kami nana masih menduduki pepereksaan PMR. itulah hati saorang abah masanya telah berlalu kini adalah masa untuk anak-anak dan keperluannya. setiap masa hati saorang abah sentiasa berdebar walaupun sianak yang menduduki pepereksaan
moga ALLAH sentiasa memberi kelapangan kepada nana untuk menduduki Exam.
minggu depan Along Pulak Exam sem 1 macam tu juga walaupun anak yang nak peksa abah yang tak senang duduk.Agaknya itulah hati semua abah didunia ini. Oklah itulah kenangan pada 07 Okt 2010 yang betuah ini...

RUMAH TERBUKA
Hari ini dah 28 syawal bermakna Syawal dah sampai penghujung. Betuahnya kita duduk dimalaysia tiap-tiap hari dalam bulan syawal ada rumah terbuka sampai puasa enam terlalu sukar untuk ditempuh. Apatidaknya hujung ramadhan dulu masing-masing bersyukur kerana berat badaan dah turu sampai 4 kilo. rasa rengan sikit badan tapi syawal belum tutup lagi tapi berat badan dah macam lebi aje dari dulu.
Semalam rumah terbuka. hari ini adal 3 rumah terbuka dari pagi sampai malam macamana perut tak sendat. sebenarnya itulah kemurahan ALLAH dengan rakyat negara ini cuma kita jangan lekalah diharap masing-masing dapat meningkatkan ketaqwaan dengan kemurahan rezeki ini.Umur macam kita ini kesihatan perlu dijaga dan dipertingkatkan Penyakit ni nak datang cepat macam kilat tetapi nak keluar tu lambat macam steamroll justru itu cegah lebih baik dari mengubati.banyak ayat-ayat Alquran yang boleh diamalkan sebagai zikir bagi pengekalan kesihatan selain dari makanan tambahan. Kita boleh mengamalkan "MANZIL" iaitu satu zikir yangjika diamalkan insyaallah boleh menjauhkan dari penyakit dan gangguan sihir insyaallah. Disana terdapat amalan ayat-ayat yang boleh dijadikan pendinding dari gangguan sihir,penyakit dalaman dan juga permainan jin syaitan dan manusia. Amalkanlah Insyaallah kita akan dapat menghayati keagungan Alquran itu.
Alquran penuh Rahsia termasuk perubatan. Selain dari menggunakan perubatan Moden dan tradisional eloklah zikir dijadikan pakaian untuk mengekalkan kesihatan diri. Begitu juga dengan pengamalan Selawat secara istiqamah contohnya selawat " fatih " dan selawat " Thib" jika diamalkan secara istiqamah insyaallah boleh menyelesaikan banyak masalah kita.Telah dibuktikan dari dulu hingga sekarang pengamalan selawat tertentu dan ayat-ayat Alquran tertentu boleh menjadi pendinding yang ampuh. jangan ditanya bagaimana ianya boleh beroprasi kerana ianya termasuk dalam perkara samiyyat berbanding cara beroprasi perubatan moden menangani penyakit kita.
Ini semua berkaitan Rumah terbuka hari raya. Makan banyak!!! dan boleh menjadi penyebab penyakit justru itu carilah penawar yang sepatutnya.Biarlah masa hadapan kita dipenuhi dengan kegembiraan dan kesyukuran kerana kita masih sehat walafiat!!!

Subscribe to:
Comments (Atom)