Wednesday, December 23, 2009

HARI KELUARGA FELCRA BERHAD

Tahniah pada semua pengurusan AJK Kelab dan juga pengurusan FB Wilayah Tengah atas kejayaan menganjurkan hari keluarga Wilayah Tengah. Kami sebagai salah saorang AJK Kelab mengucap Syukur kerana majlis tersebut telah berjalan dengan lancar dan memuaskan yang diadakan pada 20 dan 21 Dec 2009 lalu.

Terima Kasih kepada Presiden Kelab Tuan Hj Saifuddin ,Pengurus Besar Wilayah Tengah Tuan Hazrinorhisham Bin Harun Dan Pengurus Besar Kanan Pengurusan Estate Tuan Haji Juzilman Bin Basir selaku Perasmi pada majlis tersebut menggantikan Yang Berbahagia Dato CEO. Sesungguhnya bagi Pesara inilah majlis yang teramat bermakna baginya kerana sekelumit tenaga yang dicurahkan selama lebih 30 tahun dihargai oleh pehak majikan. Siapa yang tidak kenal Tuan Haji Md Ruah Md Dali pengurus Kawasan yang berkelibar. Kini beliau telah meninggalkan FELCRA untuk berpencen En Zinor Bin Siron Pembantu Eksekutif yang cukup terkenal di FELCRA sebagai " Raja Bowling" yang menjadi sandaran FELCRA dalam setiap temasya juga telah berpencen.

Tahniah kepada semua staf yang berpencen Khususnya kepada staf FB Wilayah Tgh kerana anda telah berjaya menamatkan perkhidmatan dengan jayanya sebagai saorang pesara yang sehat walafiat Sesungguhnya itulah harta yang paling bernilai. Jadikanlah masa-masa senggang sebagai pesara untuk menambahbaik amalan kita pada ALLAH SWT.

Kepada rakan yang berpindah Tuan Haji Nordin Repin En Md Nor dan yang lain sekalung tahniah diucapkan moga tuan akan lebih selesa dan cemerlang ditempat baru manakala kepada semua keluarga yang seramai lebih 500 orang pada malam tersebut. kebaikan dan kejayaan yan ALLAH berikan kepada kita bukan setakat pada kenaikan pangkat ayah atau ibu sahaja tetapi kejayaan anak, kebahagiaan rumahtangga dan ketenangan iman adalah anugerah dari ALLAH kepada kita semua. Anak adalah harta kita yang paling utama justru sama-samalah kita bermohon agar diberi kejayaan dan kecemerlangan dunia dan akhirat kepada kita dan keluarga kita

Justru itu marilah sama-sama kita mempertingkatkan martabat FELCRA dengan melipatgandakan kerja bagi memastikan FELCRA terus unggul.Teruslah Mohon kepada ALLAH Agar Syarikat FELCRA Berhad terus unggul dimata dunia sesungguhnya jasanya kepada kita terlalu banyak tidak rugi rasanya kita terus mermujahadah untuk memastikan HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI.

SALAM DARI KAMI..

Tuesday, December 8, 2009

UNTUK ANAK-ANAKKU

Salam untuk anak-anakku !

Kebanyakan kalian berada jauh diperantauan tapi aba tahu kalian selalu membaca blog aba.Justru aba ingin berpesan.Taatla selalu kepada ALLAH dialah segala tempat mengadu Jagalah Solat kerana ia punca penyelesai segala masalah. Selesaikan urusan kita dengan ALLAH barulah ALLAH membantu menyelesaikan urusan kita dengan manusia. Ingatlah anak-anakku dunia ini hanya pinjaman dan sementara Akhiratlah tempat yang sebenar-benarnya kekal selamanya. Beramallah seolah-olah anakku akan mati esoknya dan belajar dan bekerjalah seolah anakku akan hidup selamanya.

Aba bekalkan kamu dengan Ilmu.Carilah Ilmu selagi aba berdaya aba akan turuti kehendakmu wahai anak-anakku aba tidak ingin dan tidak berhasrat untuk membekalkan kamu dengan harta dunia yang melimpah ruah kerana ia akan menyukarkan kamu nanti kerana harta itu buta justru kamu perlu menjaganya tetapi ilmu itu sentiasa celik justru ia akan menjaga kamu sepanjang masa.

Anak-anakku.
aba inginkan sekelumit kejayaan dari kalian semua. Kejayaan dunia dan akhirat Doa aba siang dan malam hanyalah untuk kamu semua.Bagi aba dan umi kami telah mendapat semua yang kami harapkan...Anak-anak yang soleh..kebahagiaan..ketenangan dan kejayaan semua aba kecapi.marilah kita sama-sama meningkatkan Ketaqwaan kepada ALLAH agar kita sama-sama mendapat rahmatnya. Sekian untuk anak-anakku.

Tuesday, November 10, 2009




Wahai Pejuang Bangsa! ditanganmulah pembangunan desa dan belantara yang harus diteruskan. Bukan untukmu tetapi untuk anak bangsamu.Wajah-wajah kucam tetapi ceria itulah yang dapat dilihat. Ceria kerana puas dapat membela anak cucu warisan merdeka Siapa lagi kalau tidak tuan-tuan yang berupaya membangunkan belantara lantaran kebanyakan generasi muda kini telah selesa duduk dikota.Percayalah tuan-tuan keringat tuan-tuan kulit langsat tuan-tuan dan baki kudrat tuan-tuan akan dibalas oleh Allah SWT.

Sebagai Pejuang apa yang kita mahukan ialah sedikit sumbangan ini diterima disisi ALLAH sebagai Ibadah itu sahaja yang kami mahu Kenangan Lawatan Pengurus kawasan FELCRA Wilayah Tengsh Ke Wilayah Pahang

Sunday, November 1, 2009

BUAT TERSAYANG




Kenangan indah sewaktu Perjuanganku untuk mendapatkan segulung ijazah. sesungguhnya kejayaan ini sebagai inspirasi untuk aanak-anakku.Nurul Izzah yang kini Di UIA.Nurul Iffah form five di SBPI jempol. Muhamad Izzuddin Form 3 SMK Duma,Nurul Farhana Form2 SBPI Jempol Dan Nurul Farahain Standard 5 Di SRK Kampai.

Anak-anakku Gapailah Kejayaan sesungguhnya tiada harta yang lebih bernilai melainkan ILMU.

Tuesday, October 27, 2009

STOK SERAI SEDIA DIJUAL

SERAI PEHA AYAM SEDIA DIJUAL DALAM KUANTITI YANG BANYAK SEKIRANYA TUAN BERMINAT SILA HUBUNGI EMAIL matsundari@yahoo.com Harga boleh dirunding. Penghantaran Stok juga boleh dirunding. Jualan segera!!!

KERJA KOSONG TENAGA PENOREH

PELAWAAN INI DITUJUKAN KEPADA SEMUA INDIVIDU YANG BERMINAT UNTUK KERJA-KERJA PENOREH SAMADA PERSENDIRIAN ATAU KONTREKTOR UNTUK MENOREH DILADANG-LADANG DALAM KAWASAN PURUN
TEMPAT TINGGAL DISEDIAKAN CARUMAAN EPF DAN SOSCO DISEDIAKAN MANAKALA BAGI KONTREKTOR HARGA YANG DITAWARKAN ADALAH MUNASABAH DAN MENGUNTUNGKAN SEKIRANYA ADA BERMINAT SILA EMAIL DIALAMAT matsundari@yahoo.com

kekosongan adalah diladang berikut:

Divison Purun
Ladang Purun 1/2/3/4

Divison Ulu Jelebu
Ladang Ulu Jelebu 1/2/Kg Dulang

Divison kampung Esok
Ladang Kg Esok/Bertam/Cenah/Tohor Dan Jeram Lesong

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN

ETIKA BEKERJA

Pertanian adalah satu perniagaan. Itulah motto petani kini justru itu 10 prinsip ini perlu ada kepada saorang profesional dalam meningkatkan golongan sasar.Baik sebagai pedoman Staf FELCRA dalam menghadapi masyarakat Peserta.

1 Jujur
Perlu ada satu piawai dalam diri untuk mengukur baik buruk tindakan yang akan dilakukan. Sentiasa jujur samada semasa merancang,melaksana atau memberi pendapat

2 Intergrasi
Mereka perlu mempunyai prinsip tersendiri,bermaruah, yakin dengan kebenaran, dan bertindak berpandukan bukti-bukti yang jelas ,jangan bersikap berpura-pura atau membujur lalu melintang patah.

3 Tepati janji
Sentiasa menepati samada dengan golongan sasar atau orang atasan jangan sentiasa mencari kelemahan dan kesilapan sebaliknya perbaiki kelemahan sediada

4 Kesetiaan
Perlu setia kepada keluarga,Syarikat,kawan pekerja dan negara tidak membocorkan maklumat syarikat kepada pehak yang tidak berkepentingan. Ini semua menjadikan jiwa menjadi lapang dan beban kerja menjadi rengan kerana kita tidak dihimpit rasa bersalah selalu.

5 Adil
Adil dalam melaksanakan Presedur/Adil kepada pekerja bawahan dan masyarakat peserta serta adil dalam melaksanakan amanah syarikat.

6 Ambil Berat Hak Orang ramai.
Ambil berat kepada golongan sasar,berikan yang terbaik untuk mereka bersedia berkongsi kelebihan yang dimiliki dengan orang lain

7 Hormati orang ramai.
Kerjaya kita berkait rapat dengan orang ramai terutama masyarakat peserta justru itu ketepikan perbezaan pendapat hormati hak hak persendirian , hak bersuara dan hak berpesatuan.

8 Tanggung Jawab sebagai Warganegara
Sebagai saorang warganegara kita perlu mematuhi undang-undang berhak menggunakan hak demokrasi dan kena menghormatinya. Tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang yang boleh memudaratkan diri dan Syarikat.

9 Meningkatkan kecemerlangan
Berusaha untuk meningkatkan diri semada dalam ilmu atau amalan.

10 Akauntabiliti
Bersedia mengambil tanggungjawab dan menerima tanggungjawab terhadap sebarang keputusan yang telah diambil

Sepuluh kaedah ini diharap dapat membantu kita dalam mencemerlangkan diri dalam usaha membangunkan golongan sasar.

PROGRAM PEMBANGUNAN TANAH TERBIAR CENOR/JELIN

FELCR Berhad Purun sedang dalam proses untuk membangunkan tanah terbiar Di kampung cenor Jelin Mukim Klawang daerah Jelebu Negeri sembilan. kawasan ini telah dikenalpasti untuk tanaman Kelapa sawit. majlis Penerangan telah diadakan di balai Islam Kg cenor Jelin dan Proses manandatangani perjanjian telah dimulakan.

Bagi Pemilik tanah yang berminat untuk menyertai Program tersebut boleh berjumpa terus kepada Pengurus Kawasan Purun atau ketua kampung Cenor Jelin En Yusof Fadhilah.
Dimaklumkan bahawa tanah tanah disini terbagi kepada tiga bahagian iaitu tanah Sawah, Tanah Bekas tanaman Getah dan Tanah Kurnia Kerajaan Negeri. Terdapat lebih kurang 200 ekar tanah terbiar yang berpotensi untuk dimajukan disini namun masalah utama ialah tuan punya yang tidak boleh dihubungi,namun demikian dengan beberapa inisiatif pehak pengurusan FELCRA hampir 100 ekar kawasan telah berjaya ditandatangani oleh tuan punya tanah tetapi masih berselerak dan tidak ekonomik.

Fasa kedua program ini ialah menyatukan tanah-tanah yang berselerak dan telah bersetuju ini menjadi kawasan yang berdaya maju. Diperengkat permulaan lebih kurang 40 ekar akan ditender manakala baki yang belum ditender akan akan dibuat secara berperingkat. Hal ini untuk memberi keyakinan kepada penduduk kampung bahawa usaha kerajaan adalah beterusan untuk membangunkan masyarakat kampung. target utama pembangunan fasa pertama ini ialah kawasan getah lama dan kawasan Sawah terbiar manakala kawasan tanah pinggir kurnia kerajaan negeri akan dimajukan apabila sebahagian peserta telah menandatangani nanti.

Kepada penduduk Kg Cenor Jelin sebarang masalah sila berjumpa dengan pehak FELCRA untuk menyelesaikannya.InsyaAllah sekiranya segalanya berjalan lancar fasa pertama akan diusahakan pada awal tahun 2010 manakala fasa seterusnya bergantung kepada kesiapan tandatangan pemilik yang bersetuju nanti atau selewatnya pertengahan 2010 nanti. Sekian

Monday, October 26, 2009

HASIL HARI-HARI. HARI HARI HASIL

Apakah Istilah Hasil hari-hari, Hari-hari hasil? Itulah istilah yang paling sinonim bagi semua staf ladang FELCRA Berhad. Kami diperingatkan supaya hari hari memikirkan hasil dalam masa yang sama hasil hendaklah diurus secara sistematik hari-hari. Oleh itu bukan suatu yang janggal perbicaraan yang biasa didengar antara kebanyakan staf felcra ialah membicarakan hasil walaupun secara formal atau tidak formal.

Orang luar akan terasa muak membicarakan soal kerja dimana sahaja tetapi golongan hadapan staf felcra akan sentiasa berbuat demikian walau dimana sahaja itulah antara peninggalan golongan lama yang melarut resap dalam jiwa pejuang felcra. Dan natijahnya itulah sebenarnya sebahagian dari sumbangan staf ladang dalam usaha untuk memartabatkan sumber pendapatan felcra kini. Setelah 20 tahun lebih berkecimpung dalam dunia perladangan kami merasa dunia kami amat seronok diwarnai dengan keseronokan sampai target tahunan,bulanan dan mingguan namun dalam masa yang sama sentiasa dihimpit stress memikirkan strategi untuk mengekalkan penghasilan sebagaimana yang dipersetujui.

Itulah dunia orang kawasan, hanya mereka yang lalai yang akan merasa dirinya hebat kerana kami diuji setiap hari,bulan dan tahun dan hal ini menyebabkan kami sentiasa bersedia dan bergerak pada bila bila masa .walaupun kami sentiasa merasa kerdil tetapi semangat kami waja untuk memartabatkan Syarikat. Tanyalah gunung mana yang tidak kami tarah! Lurah mana yang kani tidak terokai dan lautan mana yang kami tidak harungi untuk memartabatkan golongan sasar.Cuma harapan kami amalan ini diterima disisi Allah. kalau dilihat dari rakan-rakan lama yang telah meninggalkan FELCRA terlebih dahulu sesuatu harus diambil tindakan untuk renungan kita bersama.

Kalau dilihat pasca pencen awal tahun 90an ramai rakan-rakan kita dari rancangan yang meninggalkan FELCRA dalam keadaan sehat walafiat.manakala pasca Hujung tahun
90an dan awal tahun 2000 kita dapati ramai diantara rakan kita yang meninggalkan FELCRA berpencen dalam keadaan yang kurang sehat dan kini kalau kita lihat ramai diantara staf ladang yang telah diserang berbagai penyakit sewaktu dalam perkhidmatan
Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?

Penulis beranggapan ada banyak Faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.Mereka yang berpencen awal 90an adalah mereka yang merupakan barisan hadapan FELCRA diperingkat awal. Kebanyakan mereka adalah berdisplin tinggi dan kebanyakannya dipkt kawasan mereka adalah pengurus Kawasan manakala mereka yang berpencen pasca 90 an dan awal 2000 terdiri dari berbagai peringkat jawatan golongan inilah yang merupakan Gurka dipkt Kawasan yang bekerja tanpa menghiraukan keselamatan diri terutama mereka yang sentiasa "Bergaul dengan Racun Kimia" dan kalau kita lihat kebanyakan golongan ini sentiasa merasa sunyi diladang dengan berteman nyamuk dan agas akibatnya dihujung tangan mereka sentiasa terselit rokok sebagai teman dan mungkin dari aspek itulah ramai rakan-rakan kita yang mempunyai masalah kesihatan dihujung perkhidmatan. namun ini sebagai renungan

Untuk Staf baru ambillah iktibar sediada namun hasil hari-hari dan hari-hari hasil tetap menjadi motto yang tak lekang dek zaman.

Saturday, October 24, 2009

LAWATAN KE FELCRA BERHAD WILAYAH PAHANG

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG

Lawatan Ke FELCRA Berhad Wilayah pahang pada 21 dan 22 Okt 2009 benar-benar mencabar intelektual para pelawat yang terdiri dari pengurus -pengurus Kawasan wilayah Tengah dan Timur.Di panjatkan kesyukuran kepada ALLAH kerana wilayah pahang yang diketuai oleh Pengurus Besar Wilayahnya yang Berbahagia Tuan Gazali Bin Karim mampu melonjakkan tranformasi dalam kerja-kerja Pertanian Am yang setanding dengan Estate swasta yang lainnya. sebagai Syarikat milik kerajaan GLC sudah sampai masanya tranformasi ini dilarut resapkan bukan hanya diperingkat akar umbi tetapi juga diperingkat atasan.

Gagasan dan saranan yang Berbahagia Dato CEO FELCRA Berhad Dato Haji Mohd Nasir Baba
untuk mempertingkatkan tranformasi disetiap pusat keuntungan telah mula menampakkan hasil. sekiranya tranformasi Pertanian Am ini dapat dikembangkan disemua sektor dan wilayah kami yakin bermula pada hari ini dan untuk 25 tahun akan datang staff dan peserta akan melalui jalan yang lebih terang dan meyakinkan.
"ladang hari ini lebih baik dari ladang semalam' itulah kunci yang dipegang oleh staff FELCRA kini. kami sedar kami bukan hanya setakat pegawai tetapi kami adalah "planters" kami adalah peladang moden yang akan memastikan usaha kerajaan dalam usaha membantu masyarakat atau golongan sasar mencapai kejayaan.

Jangan ditanya apakah sumbangan Syarikat kepada kita tanyalah apa sumbangan kita kepada syarikat terlalu banyak jika dihitung namun demikian sebagai insan bernama manusia diharap konsep kesyukuran mengatasi istilah ketidakpuasan hati.
marilah kita warga FELCRA bersama-sama berganding bahu meningkatkan dan memartabatkan usaha pemimpin kita untuk mempertabatkan FELCRA Berhad kearah yang lebih dinamik dan berdaya maju.

Marilah sama sama kita meningkatkan diri kita selaras dengan saranan Ybg Dato CEO kita. sebenarnya kita telah Berjaya ... dari sebuah agensi Kerajaan Kepada syarikat Korprat dan dan kini kekelab Bilioner dlm pendapatan tahunannya. namun kita kena ingat mencipta kejayaan itu lebih mudah dari mengurus kejayaan. Kepada Wilayah Pahang Tuan telah mencipta kejayaan dalam Tranformasi pertanian Am uruskanlah kejayaan itu dan Ekspotlah kejayaan itu agar dapat dihayati oleh semua staf mahupun diperingkat atasan dan barisan hadapan terlalu rugi andainya ilmu itu tidak dikongsi bersama oleh semua staf.

HAKIKAT KEHIDUPAN

Orang yang paling Bodoh disisi ALLAH ialah orang yang merasa senang dan bangga dengan pujian yang diberikan oleh orang lain kepadanya padahal dia sendiri tahu bahawa dirinya terdapat banyak kekurangan dan kelemahan serta dosa dan maksiat yang dilakukannya.Justru itu banyaklah kita Istigfar apabila dipuji

Al-Haris al-Muhasiby ada mengatakan
"andaikata ada orang mengatakan bahawa najismu tidak berbau lantas engkau gembira mendengar pujian itu padahal engkau juga merasa jijik kerana bau busuk kotoran itu ketahuilah bahawa kotoran jiwa dan dosa itu lebih buruk dari kotoran najis tersebut"

Justru dalam melayari kehidupan ini ingatlah segala pujian hanyalah untuk ALLAH kembalikan kepadanya apabila dipuji.Dalam pekerjaan segala pujian merupakan rahmat untuk kita melipatgandakan usaha. pujian juga merupakan kepercayaan dan tanggungjawab
Justru itu banyakkan musabah agar segala usaha kita mendapat keredaannya.

Pakaian manusia adalah sifat lemah,bodoh,hina dan sebagainya oleh yang demikian tidaklah ada pada tempatnya jika manusia itu merasa gagah,kuat,pandai mulia dan sebagainya.Inilah adab yang terbaik disisi ALLAH

Allah menyatakan dalam Hadis Qudsi yang bermaksud;
"Kesombongan itu adalah pakaianku.Kebesaran itu adalah sarungku.Maka barangsiapa yang bersaing denganku dalam salah satu sifat itu nascaya akan ku lemparkan dia kedalam neraka"
Sekian untuk renungan pada kali ini.