Pertanian adalah satu perniagaan. Itulah motto petani kini justru itu 10 prinsip ini perlu ada kepada saorang profesional dalam meningkatkan golongan sasar.Baik sebagai pedoman Staf FELCRA dalam menghadapi masyarakat Peserta.
1 Jujur
Perlu ada satu piawai dalam diri untuk mengukur baik buruk tindakan yang akan dilakukan. Sentiasa jujur samada semasa merancang,melaksana atau memberi pendapat
2 Intergrasi
Mereka perlu mempunyai prinsip tersendiri,bermaruah, yakin dengan kebenaran, dan bertindak berpandukan bukti-bukti yang jelas ,jangan bersikap berpura-pura atau membujur lalu melintang patah.
3 Tepati janji
Sentiasa menepati samada dengan golongan sasar atau orang atasan jangan sentiasa mencari kelemahan dan kesilapan sebaliknya perbaiki kelemahan sediada
4 Kesetiaan
Perlu setia kepada keluarga,Syarikat,kawan pekerja dan negara tidak membocorkan maklumat syarikat kepada pehak yang tidak berkepentingan. Ini semua menjadikan jiwa menjadi lapang dan beban kerja menjadi rengan kerana kita tidak dihimpit rasa bersalah selalu.
5 Adil
Adil dalam melaksanakan Presedur/Adil kepada pekerja bawahan dan masyarakat peserta serta adil dalam melaksanakan amanah syarikat.
6 Ambil Berat Hak Orang ramai.
Ambil berat kepada golongan sasar,berikan yang terbaik untuk mereka bersedia berkongsi kelebihan yang dimiliki dengan orang lain
7 Hormati orang ramai.
Kerjaya kita berkait rapat dengan orang ramai terutama masyarakat peserta justru itu ketepikan perbezaan pendapat hormati hak hak persendirian , hak bersuara dan hak berpesatuan.
8 Tanggung Jawab sebagai Warganegara
Sebagai saorang warganegara kita perlu mematuhi undang-undang berhak menggunakan hak demokrasi dan kena menghormatinya. Tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang yang boleh memudaratkan diri dan Syarikat.
9 Meningkatkan kecemerlangan
Berusaha untuk meningkatkan diri semada dalam ilmu atau amalan.
10 Akauntabiliti
Bersedia mengambil tanggungjawab dan menerima tanggungjawab terhadap sebarang keputusan yang telah diambil
Sepuluh kaedah ini diharap dapat membantu kita dalam mencemerlangkan diri dalam usaha membangunkan golongan sasar.
Tuesday, October 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment