Apakah Istilah Hasil hari-hari, Hari-hari hasil? Itulah istilah yang paling sinonim bagi semua staf ladang FELCRA Berhad. Kami diperingatkan supaya hari hari memikirkan hasil dalam masa yang sama hasil hendaklah diurus secara sistematik hari-hari. Oleh itu bukan suatu yang janggal perbicaraan yang biasa didengar antara kebanyakan staf felcra ialah membicarakan hasil walaupun secara formal atau tidak formal.
Orang luar akan terasa muak membicarakan soal kerja dimana sahaja tetapi golongan hadapan staf felcra akan sentiasa berbuat demikian walau dimana sahaja itulah antara peninggalan golongan lama yang melarut resap dalam jiwa pejuang felcra. Dan natijahnya itulah sebenarnya sebahagian dari sumbangan staf ladang dalam usaha untuk memartabatkan sumber pendapatan felcra kini. Setelah 20 tahun lebih berkecimpung dalam dunia perladangan kami merasa dunia kami amat seronok diwarnai dengan keseronokan sampai target tahunan,bulanan dan mingguan namun dalam masa yang sama sentiasa dihimpit stress memikirkan strategi untuk mengekalkan penghasilan sebagaimana yang dipersetujui.
Itulah dunia orang kawasan, hanya mereka yang lalai yang akan merasa dirinya hebat kerana kami diuji setiap hari,bulan dan tahun dan hal ini menyebabkan kami sentiasa bersedia dan bergerak pada bila bila masa .walaupun kami sentiasa merasa kerdil tetapi semangat kami waja untuk memartabatkan Syarikat. Tanyalah gunung mana yang tidak kami tarah! Lurah mana yang kani tidak terokai dan lautan mana yang kami tidak harungi untuk memartabatkan golongan sasar.Cuma harapan kami amalan ini diterima disisi Allah. kalau dilihat dari rakan-rakan lama yang telah meninggalkan FELCRA terlebih dahulu sesuatu harus diambil tindakan untuk renungan kita bersama.
Kalau dilihat pasca pencen awal tahun 90an ramai rakan-rakan kita dari rancangan yang meninggalkan FELCRA dalam keadaan sehat walafiat.manakala pasca Hujung tahun
90an dan awal tahun 2000 kita dapati ramai diantara rakan kita yang meninggalkan FELCRA berpencen dalam keadaan yang kurang sehat dan kini kalau kita lihat ramai diantara staf ladang yang telah diserang berbagai penyakit sewaktu dalam perkhidmatan
Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?
Penulis beranggapan ada banyak Faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.Mereka yang berpencen awal 90an adalah mereka yang merupakan barisan hadapan FELCRA diperingkat awal. Kebanyakan mereka adalah berdisplin tinggi dan kebanyakannya dipkt kawasan mereka adalah pengurus Kawasan manakala mereka yang berpencen pasca 90 an dan awal 2000 terdiri dari berbagai peringkat jawatan golongan inilah yang merupakan Gurka dipkt Kawasan yang bekerja tanpa menghiraukan keselamatan diri terutama mereka yang sentiasa "Bergaul dengan Racun Kimia" dan kalau kita lihat kebanyakan golongan ini sentiasa merasa sunyi diladang dengan berteman nyamuk dan agas akibatnya dihujung tangan mereka sentiasa terselit rokok sebagai teman dan mungkin dari aspek itulah ramai rakan-rakan kita yang mempunyai masalah kesihatan dihujung perkhidmatan. namun ini sebagai renungan
Untuk Staf baru ambillah iktibar sediada namun hasil hari-hari dan hari-hari hasil tetap menjadi motto yang tak lekang dek zaman.
Monday, October 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment