DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG
Lawatan Ke FELCRA Berhad Wilayah pahang pada 21 dan 22 Okt 2009 benar-benar mencabar intelektual para pelawat yang terdiri dari pengurus -pengurus Kawasan wilayah Tengah dan Timur.Di panjatkan kesyukuran kepada ALLAH kerana wilayah pahang yang diketuai oleh Pengurus Besar Wilayahnya yang Berbahagia Tuan Gazali Bin Karim mampu melonjakkan tranformasi dalam kerja-kerja Pertanian Am yang setanding dengan Estate swasta yang lainnya. sebagai Syarikat milik kerajaan GLC sudah sampai masanya tranformasi ini dilarut resapkan bukan hanya diperingkat akar umbi tetapi juga diperingkat atasan.
Gagasan dan saranan yang Berbahagia Dato CEO FELCRA Berhad Dato Haji Mohd Nasir Baba
untuk mempertingkatkan tranformasi disetiap pusat keuntungan telah mula menampakkan hasil. sekiranya tranformasi Pertanian Am ini dapat dikembangkan disemua sektor dan wilayah kami yakin bermula pada hari ini dan untuk 25 tahun akan datang staff dan peserta akan melalui jalan yang lebih terang dan meyakinkan.
"ladang hari ini lebih baik dari ladang semalam' itulah kunci yang dipegang oleh staff FELCRA kini. kami sedar kami bukan hanya setakat pegawai tetapi kami adalah "planters" kami adalah peladang moden yang akan memastikan usaha kerajaan dalam usaha membantu masyarakat atau golongan sasar mencapai kejayaan.
Jangan ditanya apakah sumbangan Syarikat kepada kita tanyalah apa sumbangan kita kepada syarikat terlalu banyak jika dihitung namun demikian sebagai insan bernama manusia diharap konsep kesyukuran mengatasi istilah ketidakpuasan hati.
marilah kita warga FELCRA bersama-sama berganding bahu meningkatkan dan memartabatkan usaha pemimpin kita untuk mempertabatkan FELCRA Berhad kearah yang lebih dinamik dan berdaya maju.
Marilah sama sama kita meningkatkan diri kita selaras dengan saranan Ybg Dato CEO kita. sebenarnya kita telah Berjaya ... dari sebuah agensi Kerajaan Kepada syarikat Korprat dan dan kini kekelab Bilioner dlm pendapatan tahunannya. namun kita kena ingat mencipta kejayaan itu lebih mudah dari mengurus kejayaan. Kepada Wilayah Pahang Tuan telah mencipta kejayaan dalam Tranformasi pertanian Am uruskanlah kejayaan itu dan Ekspotlah kejayaan itu agar dapat dihayati oleh semua staf mahupun diperingkat atasan dan barisan hadapan terlalu rugi andainya ilmu itu tidak dikongsi bersama oleh semua staf.
Saturday, October 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment