FELCR Berhad Purun sedang dalam proses untuk membangunkan tanah terbiar Di kampung cenor Jelin Mukim Klawang daerah Jelebu Negeri sembilan. kawasan ini telah dikenalpasti untuk tanaman Kelapa sawit. majlis Penerangan telah diadakan di balai Islam Kg cenor Jelin dan Proses manandatangani perjanjian telah dimulakan.
Bagi Pemilik tanah yang berminat untuk menyertai Program tersebut boleh berjumpa terus kepada Pengurus Kawasan Purun atau ketua kampung Cenor Jelin En Yusof Fadhilah.
Dimaklumkan bahawa tanah tanah disini terbagi kepada tiga bahagian iaitu tanah Sawah, Tanah Bekas tanaman Getah dan Tanah Kurnia Kerajaan Negeri. Terdapat lebih kurang 200 ekar tanah terbiar yang berpotensi untuk dimajukan disini namun masalah utama ialah tuan punya yang tidak boleh dihubungi,namun demikian dengan beberapa inisiatif pehak pengurusan FELCRA hampir 100 ekar kawasan telah berjaya ditandatangani oleh tuan punya tanah tetapi masih berselerak dan tidak ekonomik.
Fasa kedua program ini ialah menyatukan tanah-tanah yang berselerak dan telah bersetuju ini menjadi kawasan yang berdaya maju. Diperengkat permulaan lebih kurang 40 ekar akan ditender manakala baki yang belum ditender akan akan dibuat secara berperingkat. Hal ini untuk memberi keyakinan kepada penduduk kampung bahawa usaha kerajaan adalah beterusan untuk membangunkan masyarakat kampung. target utama pembangunan fasa pertama ini ialah kawasan getah lama dan kawasan Sawah terbiar manakala kawasan tanah pinggir kurnia kerajaan negeri akan dimajukan apabila sebahagian peserta telah menandatangani nanti.
Kepada penduduk Kg Cenor Jelin sebarang masalah sila berjumpa dengan pehak FELCRA untuk menyelesaikannya.InsyaAllah sekiranya segalanya berjalan lancar fasa pertama akan diusahakan pada awal tahun 2010 manakala fasa seterusnya bergantung kepada kesiapan tandatangan pemilik yang bersetuju nanti atau selewatnya pertengahan 2010 nanti. Sekian
Tuesday, October 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment